Thursday 7 April 2011

KiTa Nk yG sOleHaH,kIta MesTI MNjaDI SoLeH DUlu......

                                                      Gambar Hiasan



 Mudahnya Mencari Isteri Solehah(kisah ini diambil drpd org lain...sama2lh kita ambil iktibar)

"Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.
"Macam cari gagak putih," tambahnya.
"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.
..."Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.
"Belum lagi…."
"Kenapa?" dia pula tersenyum.
"Belum dapat yang solehah?" saya terus mengusik.
"Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak lah ni."
"Oh begitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi.
"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang".
"Kalau tak jumpa, macam mana?"
"Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"
"Apa syaratnya?"
"Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…."
"Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.

UKUR TAKWA
"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa," katanya lagi.
"Macam mana pula nak ukur takwa tu?"tanya saya.
"Tu yang pening.Takwa tu dalam hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yang bertakwa!"
"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya.

ADA CARA LAIN
"Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?"
"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita".
"Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi"
"Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain."

LEBIH TEPAT
"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. sebelum ni, kita bincang pasal menilai diri orang laindulu.Tu yang kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."

TERLALU IDEAL
"Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sebab nak jadi lelaki soleh?"
"Tak begitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."
"Ok juga tu!Serampang dua mata,"katanya.
"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dengan tahap sederhana."
"Maksudnya?"
"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sebab sifat-sifat solehah itu 'on going process'(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sikit, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN
"Boleh lebih kurang lah ni ye?"
"Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."
"Apa kaitannya dengan yang kita bincang sekarang ni?"
"Gini, awak mesti lebih ketat dalam menilai diri sdr. jangan ambil mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi untuk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin lah/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sikit … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…."
"Oh saya faham"
" Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yang rendah. Tetapi untuk calon isterinya dinilai dengan solehah yang tinggi. Itu silap!"
"Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti."
"Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri."

"Dialah Allah dilangit dan dibumi.Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa-apa yang kamu usahakan" (Al- An'am: 3)


Doa...-amalkan selalu-
"YaAllah,rezekikanlah aku dengan cintamu,dengan orang yang mencintaimu,dengan cinta yang boleh mendekatkan aku denganMU"


 sama-sama kita hayati lirik lagu ni.....:)

Permata Yang Dicari

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

5 comments:

  1. nice dailog...

    seseorg yg soleh adlh utk seseorg yg solehah..
    tapi solehah x semestinya nmpk pd awl..
    ada jga org yg soleh mndapat yg kurg pengatahuan agamanya..ini dugaan..
    setiap org kne memantapkan diri masing2lah..
    dgn bimbingan yg soleh tadi..yg kurg solehah ni, boleh mjadi solehah..
    :)

    ReplyDelete
  2. langkah awal kira x salah la... usaha lagi...

    ReplyDelete
  3. kompius..
    laman blog basikal muda nie..bersambungan ke laman blog basikal tua ker..??
    macam ada skandal jak nie..huhu..
    papapun..tahniah..dengan perkongsian blog yg baik..
    gunalah ia sebagai medium dkwh bilkitabah..utk semua..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...