Sunday 11 September 2011

AdaKah KiTa BeLaJAr hAnYa SeMaTA2 UtK MnDPt KeRjA????



Apakah niat rakan2 semua?Adakah kita belajar ini hanya untuk mendapat kerja yg bagus2 apabila graduate nanti atau kita belajar utk mndpt keredhaan Allah...Demi mndpt markah yg tinggi,ramai pelajar yg snggup meniru di dlm peperiksaan....Apabila kawan2 memuji kita krn mndapat markah,kita berasa bangga padahal kita meniru dan bukan hasil usaha kita sndiri...ada sesetengah orang berasa brsalah apabila meniru di dalam peperiksaan dan ada juga yg x berasa apa2...ada juga yg menganggap meniru itu adalah salah satu usaha mereka sedangkan perkara itu salah....jadi fikir-fikirkanlah.....marilah kita memperbetulkan niat kita.......semoga mndpt keredhaan Allah....amin....

Wednesday 7 September 2011

JoM KiTa SaMa-SaMa MeLakUkAN SoLaT SuNaT DhUhA.....



Terdapat banyak solat sunat. Salah satunya ialah solat sunat dhuha. Solat sunat ini boleh dilakukan kemudian daripada naik matahari segalah atau kira-kira 28 minit selepas naik matahari dan waktunya berakhir sehingga gelincir matahari(waktu zohor). Waktu afdal untuk melakukan solat dhuha pula ialah ketika sinar matahari kian panas berdasarkan hadis  Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”  Dalam Kitab al-Majmu',Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang. Afdalnya kita melakukan solat sunat Dhuha ini sebanyak 8 rakaat dan sekurang-kurangnya 2 rakaat. Pada rakaat pertama,selepas bacaan al-Fatihah,sebaik-baiknya kita baca surah al-Syams dan pada rakaat kedua kita baca surah al-Dhuha seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah,menurut hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah Bin Amir(Riwayat al-Hakim). Jika tidak ingat,boleh juga baca surah-surah lain seperti baca surah al-kafirun pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlas pada rakaat kedua. Apa yang penting,niat solat betul,syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan. Janganlah kita melakukan solat ini kerana inginkan harta dan rezeki yang banyak tetapi ikhlas kerana Allah dan solat ini adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Doa Dhuha

Album : Hijrah
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...