Kebanyakan orang Islam di negara kita sekarang ini hanya mementingkan keduniaan sahaja.Amal untuk akhirat mereka abaikan.Mereka bersungguh-sungguh mengejar kemewahan dan menikmati keseronokan yang terdapat di dunia ini sehinggakan tidak ambil tahu langsung bekalan untuk akhirat nanti.Ada yang sampai meninggalkan ibadat2 wajib seperti solat dan puasa.Mereka tahu yang dunia ini hanya sementara dan mati itu pasti tetapi mereka tetap tidak sedar juga.Ini mungkin disebabkan kerana kurangnya pengisian agama dalam diri dan tidak suka menghadirkan diri ke majlis ilmu.Bila keadaan ini terjadi,maka hati akan mati,seterusnya menyebabkan tidak takut untuk melakukan dosa.Jadi kita ini sebagai orang Islam mestilah cuba juga untuk pergi ke majlis ilmu atau mendengar ceramah agama,sekarang ini teknologi sudah canggih,kita juga dapat mendengar ceramah melalui internet.
Golongan-golongan muda atau remaja juga mesti disedarkan tentang perkara ini kerana situasi di atas mungkin berlaku kerana mereka hanya belajar ilmu fardhu kifayah sahaja di universiti dan fardhu ain diabaikan contohnya kita mengambil jurusan selain pengajian Islam seperti kejuruteraan dan perubatan.Memang semasa di sekolah kita belajar pendidikan Islam tetapi itu masih belum cukup.Jadi kita sebagai mahasiswa mestilah ada inisiatif untuk memajukan diri di samping itu kita mengajak sahabat-sahabat kita untuk pergi ke majlis ilmu dan belajar ilmu fardhu ain supaya rohani kita terisi.Masa cuti semester,ambillah kesempatan untuk pergi belajar ilmu fardhu ain kerana belajar ilmu fardhu ain ini wajib.Janganlah kita mengambil remeh hal ini.Sama-samalah kita membetulkan dan memajukan diri kita dan orang-orang sekeliling kita.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah bersabda, “Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (HR. Muslim)
Imam an-Nawawi rahimahullahu ta’ala berkata, “Maksudnya, setiap mukmin itu terpenjara di dunia, karena dia dilarang mengikuti hawa nafsunya dan mengerjakan yang haram dan makruh, bahkan diwajibkan mentaati perintah Allah yang merupakan perkara berat bagi dirinya, tetapi apabila dia telah meninggal dunia, hatinya tenang karena akan memperoleh imbalan dari Allah.” (Syarah Muslim 18/93)
Dikisahkan bahwa Imam Ibnu Hajar rahimahullahu ta’ala dulu adalah seorang hakim besar Mesir di masanya. Beliau jika pergi ke tempat kerjanya berangkat dengan naik kereta yang ditarik oleh kuda-kuda atau keledai- keledai dalam sebuah arak-arakan.
Pada suatu hari beliau dengan keretanya melewati seorang yahudi Mesir. Si yahudi itu adalah seorang penjual minyak. Sebagaimana kebiasaan tukang minyak, si yahudi itu pakaiannya kotor. Melihat arak-arakan itu, si yahudi itu menghadang dan menghentikannya.
Si yahudi itu berkata kepada Imam Ibnu Hajar :
“Sesungguhnya Nabi kalian berkata:
“Dunia itu penjaranya orang yang beriman dan Syurganya orang kafir.” (HR. Muslim)
“Sesungguhnya Nabi kalian berkata:
“Dunia itu penjaranya orang yang beriman dan Syurganya orang kafir.” (HR. Muslim)
Namun kenapa engkau sebagai seorang beriman menjadi seorang hakim besar di Mesir, dalam arak-arakan yang mewah, dan dalam kenikmatan seperti ini. Sedang aku -yang kafir dalam penderitaan dan kesengsaran seperti ini.”
Maka Imam Ibnu Hajar menjawab : “Aku dengan keadaanku yang penuh dengan kemewahan dan kenimatan dunia ini bila dibandingkan dengan kenikmatan Syurga adalah seperti sebuah penjara. Sedang penderitaan yang kau alami di dunia ini dibandingkan dengan yang azab Neraka itu seperti sebuah Syurga.”
Maka si yahudi itupun kemudian langsung mengucapkan dua kalimah syahadah tanpa berfikir panjang.