Friday, 18 November 2011

DuNia-DuNia juGa, JgN SaMPai AkHiRat DiABaiKaN......



Kebanyakan orang Islam di negara kita sekarang ini hanya mementingkan keduniaan sahaja.Amal untuk akhirat mereka abaikan.Mereka bersungguh-sungguh mengejar kemewahan dan menikmati keseronokan yang terdapat di dunia ini sehinggakan tidak ambil tahu langsung bekalan untuk akhirat nanti.Ada yang sampai meninggalkan ibadat2 wajib seperti solat dan puasa.Mereka tahu yang dunia ini hanya sementara dan mati itu pasti tetapi mereka tetap tidak sedar juga.Ini mungkin disebabkan kerana kurangnya pengisian agama dalam diri dan tidak suka menghadirkan diri ke majlis ilmu.Bila keadaan ini terjadi,maka hati akan mati,seterusnya menyebabkan tidak takut untuk melakukan dosa.Jadi kita ini sebagai orang Islam mestilah cuba juga untuk pergi ke majlis ilmu atau mendengar ceramah agama,sekarang ini teknologi sudah canggih,kita juga dapat mendengar ceramah melalui internet.


Golongan-golongan muda atau remaja juga mesti disedarkan tentang perkara ini kerana situasi di atas mungkin berlaku kerana mereka hanya belajar ilmu fardhu kifayah sahaja di universiti dan fardhu ain diabaikan contohnya kita mengambil jurusan selain pengajian Islam seperti kejuruteraan dan perubatan.Memang semasa di sekolah kita belajar pendidikan Islam tetapi itu masih belum cukup.Jadi kita sebagai mahasiswa mestilah ada inisiatif untuk memajukan diri di samping itu kita mengajak sahabat-sahabat kita untuk pergi ke majlis ilmu dan belajar ilmu fardhu ain supaya rohani kita terisi.Masa cuti semester,ambillah kesempatan untuk pergi belajar ilmu fardhu ain kerana belajar ilmu fardhu ain ini wajib.Janganlah kita mengambil remeh hal ini.Sama-samalah kita membetulkan dan memajukan diri kita dan orang-orang sekeliling kita.



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu ia berkata, Rasulullah bersabda, “Dunia itu penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (HR. Muslim)
Imam an-Nawawi rahimahullahu ta’ala berkata, “Maksudnya, setiap mukmin itu terpenjara di dunia, karena dia dilarang mengikuti hawa nafsunya dan mengerjakan yang haram dan makruh, bahkan diwajibkan mentaati perintah Allah yang merupakan perkara berat bagi dirinya, tetapi apabila dia telah meninggal dunia, hatinya tenang karena akan memperoleh imbalan dari Allah.” (Syarah Muslim 18/93)
Dikisahkan bahwa Imam Ibnu Hajar rahimahullahu ta’ala dulu adalah seorang hakim besar Mesir di masanya. Beliau jika pergi ke tempat kerjanya berangkat dengan naik kereta yang ditarik oleh kuda-kuda atau keledai- keledai dalam sebuah arak-arakan.
Pada suatu hari beliau dengan keretanya melewati seorang yahudi Mesir. Si yahudi itu adalah seorang penjual minyak. Sebagaimana kebiasaan tukang minyak, si yahudi itu pakaiannya kotor. Melihat arak-arakan itu, si yahudi itu menghadang dan menghentikannya.
Si yahudi itu berkata kepada Imam Ibnu Hajar :
“Sesungguhnya Nabi kalian berkata:
Dunia itu penjaranya orang yang beriman dan Syurganya orang kafir.” (HR. Muslim)
Namun kenapa engkau sebagai seorang beriman menjadi seorang hakim besar di Mesir, dalam arak-arakan yang mewah, dan dalam kenikmatan seperti ini. Sedang aku -yang kafir dalam penderitaan dan kesengsaran seperti ini.”
Maka Imam Ibnu Hajar menjawab : “Aku dengan keadaanku yang penuh dengan kemewahan dan kenimatan dunia ini bila dibandingkan dengan kenikmatan Syurga adalah seperti sebuah penjara. Sedang penderitaan yang kau alami di dunia ini dibandingkan dengan yang azab Neraka itu seperti sebuah Syurga.”
Maka si yahudi itupun kemudian langsung mengucapkan dua kalimah syahadah tanpa berfikir panjang.


Sunday, 11 September 2011

AdaKah KiTa BeLaJAr hAnYa SeMaTA2 UtK MnDPt KeRjA????



Apakah niat rakan2 semua?Adakah kita belajar ini hanya untuk mendapat kerja yg bagus2 apabila graduate nanti atau kita belajar utk mndpt keredhaan Allah...Demi mndpt markah yg tinggi,ramai pelajar yg snggup meniru di dlm peperiksaan....Apabila kawan2 memuji kita krn mndapat markah,kita berasa bangga padahal kita meniru dan bukan hasil usaha kita sndiri...ada sesetengah orang berasa brsalah apabila meniru di dalam peperiksaan dan ada juga yg x berasa apa2...ada juga yg menganggap meniru itu adalah salah satu usaha mereka sedangkan perkara itu salah....jadi fikir-fikirkanlah.....marilah kita memperbetulkan niat kita.......semoga mndpt keredhaan Allah....amin....

Wednesday, 7 September 2011

JoM KiTa SaMa-SaMa MeLakUkAN SoLaT SuNaT DhUhA.....



Terdapat banyak solat sunat. Salah satunya ialah solat sunat dhuha. Solat sunat ini boleh dilakukan kemudian daripada naik matahari segalah atau kira-kira 28 minit selepas naik matahari dan waktunya berakhir sehingga gelincir matahari(waktu zohor). Waktu afdal untuk melakukan solat dhuha pula ialah ketika sinar matahari kian panas berdasarkan hadis  Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”  Dalam Kitab al-Majmu',Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang. Afdalnya kita melakukan solat sunat Dhuha ini sebanyak 8 rakaat dan sekurang-kurangnya 2 rakaat. Pada rakaat pertama,selepas bacaan al-Fatihah,sebaik-baiknya kita baca surah al-Syams dan pada rakaat kedua kita baca surah al-Dhuha seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah,menurut hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah Bin Amir(Riwayat al-Hakim). Jika tidak ingat,boleh juga baca surah-surah lain seperti baca surah al-kafirun pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlas pada rakaat kedua. Apa yang penting,niat solat betul,syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan. Janganlah kita melakukan solat ini kerana inginkan harta dan rezeki yang banyak tetapi ikhlas kerana Allah dan solat ini adalah salah satu cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Doa Dhuha

Album : Hijrah
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com


Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Sunday, 1 May 2011

MuNgKiN KeRanA KitA LekA.........


Mungkin kerana kita leka
Sekali pena terlepas dari pegangan tangan
Ucapan OPSS mendahului YA ALLAH

 
Mungkin kerana kita leka
Bila perut kenyang, KENYANGNYA
Mengatasi ALHAMDULILLAH

Mungkin kerana kita leka
Bila diri terpesona dengan keindahan alam
SUBHANALLAH tertutup dengan CANTIKNYA

Mungkin kerana kita leka
Bila diri ditimpa malang
KASIHANNYA terucap tanpa INNALILLAH

Kadangkala kita terlupa kerana terbiasa
jadi marilah sama-sama kita membiasakan diri kita 
InsyaAllah..
Bila Izrail mendekati kita,
Biarlah ucapan لا إله إلا الله
Menjadi juara mengatasi segalanya..

Thursday, 21 April 2011

AuRaT.....aDakAh UtK dIPeRtoNtOn KpD SeMUa OrG?..


Umat Islam skrg ini sdh tdk malu lg membuka aurat mereka di khalayak umum....bahkan mereka berasa bangga lagi dpt menunjukkan aurat mereka di khalayak umum....Baru-baru ini saya ada trbaca di dlm akhbar yg seorg wanita Turki yg beragama Islam bergambar utk majalah Playboy....Astaghfirullahalazim.....dia berasa bangga dpt mnjadi org Islam pertama yg brgmbar utk majalah Playboy....adakah dia tdk tahu yg auratnya itu bkn utk tontonan umum atau dia buat2 tdk tahu....di negara kita pn ramai org yg tdk menutup aurat....bahkn mnjadi satu style plk memakai pakaian yg tdk menutup aurat......ada satu kali tu saya ternampak seorg lelaki yg memakai sweater tetapi brseluar pendek.....saya berfikir kalau dia sejuk.kenapa dia memakai seluar pendek?....nk jgk menunjukkan auratnya....adakah menunjukkan aurat itu mnjdkn dia seorg yg macho....ada yg memakai tudung tetapi nmpk rmbut dan tidak menutup dada....baju dan seluar plk masing2 hndk yg ketat2 dan menampakkan btol bdn mereka yg mengiurkn itu.....adakah cara brpakaian mcm ini yg di ajar dlm agama Islam...tentu skali tdk.....aurat merupakn maruah kita jadi jagalah ia seelok-eloknya wahai shbt2ku sekalian....ingtlah aurat kita hanya utk ditonton oleh org selayaknya.......

Nasihat utk Muslimah


1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian 
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan."

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).



Monday, 18 April 2011

BeRcINtA & bErCouPle

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
 
2. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
 
3. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.
 
4. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
 
5. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

6. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
  

7. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan darimu. 

Couple itu HARAM!

Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina.

Apabila kita memandang si dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku.

Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati si dia, membuatkan si dia tertarik kepada kita, lidah berzina.

Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina.

Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina.

Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui si dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku.

Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina.

Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan.

Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM. 

Firman Allah dlm Surah Al-Israak ayat 32:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Rasulullah bersabda "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah."(Ibnu Majah)

Bercinta slps kahwin,itulah yg paling indah......

sama-sama hayati lirik nasyid ini.....:)


Impian Kasih                                                                  

Munsyid : In-Team

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

 

Atas Nama Cinta

Munsyid : UNIC

Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya
 

Wednesday, 13 April 2011

SoLaT iTu TiaNG AgaMa.....LaKsaNakNLh.....




Semua org Islam tahu yg itu merupakn tiang agama bahkn kalau kita tanya kpd bdk yg brumur 7 tahun atau 8 tahun sekalipun mereka dpt mnjawabnya…Hadis Ibnu Umar yg diriwayatkn oleh Bukhari(8), Muslim(16) bahawa Rasulullah bersabda:”Islam dibina atas lima dasar:bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah,mendirikan solat,membayar zakat,menunaikan ibadah haji, dan puasa Ramadhan”….Tetapi adakah semua org Islam menunaikn kewajipan ini?....Firman Allah Taala dalam surah an-Nisa’ ayat 103,”Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”….Saya pasti ramai yg menganggap atau mengambil remeh bab solat ini dan tdk berasa apa-apa walaupun meninggalkn solat dgn sengaja….Hal ini kerana mereka tlh membiasakn diri mereka dgn tabiat ini dan hati mereka tlh mnjadi keras….Padahal solat ini merupakn anugerah Allah kpd kita sebagai umat Muhammad….Rasulullah sendiri tlh menerimanya ketika peristiwa Isra’ dan Mikraj…..Hadis yg diriwayatkn oleh Bukhari(342) dan Muslim(163),”Maka Allah mewajibkan lima puluh solat…lalu aku kembali menghadap,sehingga Allah berfirman,’Solat(yang diwajibkan) itu ada lima tetapi ganjarannya 50 kali ganda, firman-KU tidak boleh diubah”……Ada seorg ulama’ di Kelantan yg mendirikn solat sunat jika beliau berasa letih kerana bagi beliau mendirikn solat merupakn cara utk beliau merehatkn diri dan minda serta mendekatkn diri dgn Allah….SubhanAllah…..Bagaimana pula diri kita?.....Adakah shbt-shbt sekalian sdh mncapai tahap sprt itu….Saya mengaku amat susah utk mncapai tahap sprt ulama’ trsebut tetapi kita mestilah berusaha dan terus berusaha…..Semoga kita juga dapat mencapai tahap sprt itu…..InsyaAllah…..

                Semasa saya di sekolah menengah dahulu,saya dan shbt-shbt saya dalam BADAR ada melakukan gempur subuh utk mengejutkn dan mengajak pelajar-pelajar utk solat subuh berjamaah di surau sekolah…Jika pelajar-pelajar tdk dpt mengosongkn asrama dlm waktu yg ditetapkn,nama akn diambil dan mereka akn didenda slps perhimpunan setiap pagi…..Pada satu hari,semasa saya meronda utk mengambil nama pelajar-pelajar yg lambat,saya ternampak seorg shbt msh lg enak tidur di ats katilnya….saya mengejutknnya dan dia brtanya kpd saya,dh ambil nama ke?...dia brkata lg….kalau dia dh lmbt dan nama sdh diambil,baik dia tidur balik…Astagfirrullahhalazim…..Adakah kita hanya takut kpd hukuman di dunia sahaja….padahal hukuman di akhiratlah yg lbh pedih…Firman Allah dlm surah Al Hasyr ayat 7,”Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.”…..Ada juga yg meninggalkn solat dgn alasan sakit….’Pagi yg dilalui menyaksikn hampir semua pesakit di wad trsebut tdk melaksanakn solat Subuh kecuali beberapa org sahaja.Rata-rata memberi alasan sakit dan tdk blh mengambil wuduk. Ah, separah mana sakit yg menimpa, parah lg kelalaian masyarakat pada hak Pencipta! Realiti di dpn matanya membenarkn satu kenyataan,lbh 80% pesakit di hospital tdk melaksanakn solat’(Petikan drpd novel Denyut Kasih Medik karangan Dr. Farhan Hadi)…Padahal sakit itu merupakn anugerah oleh Allah utk mengampunkn dosa-dosa yg kita lakukan…..Firman Allah dlm surah al-Syura ayat ke-30,”Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak(dari kesalahan-kesalahanmu)”….Salah faham ini mesti diperbetulkan….Solat itu hukumnya wajib tetapi cara kita melaksanaknnya fleksibel mengikut keadaan kita pada masa tersebut…Jika kita tdk dpt brdiri,kita blh solat secara duduk…jika kita tdk blh menggerakkan bdn,kita blh melakukn solat dgn menggunakn isyarat mata….dan bnyk lg cara-caranya…kita mesti belajar cara-cara ini…

                Wahai shbt-shbtku semua,sedarlah dan insaflh bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara dan hidup di akhirat itulah yg selama-lamanya….Jgnlh kita lalai….Firman Allah dlm surah al-Hadid ayat ke-20,” Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.”.....Jika kita mengabaikn solat hanya krn ingin mengejar keduniaan,ingtlh wahai shbt-shbt sekalian bahawa harta dan kekayaan tdk dpt membantu kita di akhirat nanti dan tdk ada nilainya……Kita tahu dan yakin bahawa Allah lah yg memberi rezeki tetapi kita membuat perkara yg mnjauhkn diri kita drpd-Nya krn solat itu mndekatkn diri kita kpd Allah….Wallahuallam……

Tuesday, 12 April 2011

SaNtAU

Masyarakat kita biasanya melakukan perkara ini kerana perasaan dendam yg terbuku di hati walaupun masing-masing tahu perkara ini dilarang oleh Allah....asalkn hati mereka puas dpt menyusahkn dan melihat org yg mereka benci menanggung penderitaan,mereka sanggup membuat perkara yg dilarang oleh Allah.... Apa maksud santau? Santau ialah jenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun mangsa.....Orang yg disantau biasanya tdk tahu yg dia disantau sehinggalah dia trsalah mkn  buah nenas atau limau nipis…hal ini kerana org yg disantau amat sensitif dgn dua buah ini…trdpt dua jenis santau iaitu santau yg tdk melibatkn jin dan syaitan ataupun santau fizikal dan santau yg melibatkn jin dan syaitan atau juga dikenali sebagai santau angin….santau fizikal agak senang utk diubati manakala santau angin agak sukar utk diubati krn ia melibatkn jin…. 

Antara bahan-bahan utk membuat santau adalah seperti bahan yg berbisa,bahan yg tajam,bahan miang dan bahan yg blh membuat seseorg itu tdk dpt tidur dan menjadikan seseorg itu bodoh…..


Antara tanda-tanda terkena santau adalah:  

1)batuk yg berlarutan,kadang-kadang batuk brdarah dan brnanah serta keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
2)sakit tulang belakang terutamanya pd waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak msk waktu solat Jumaat.
3)Seluruh anggota badan berasa lenguh.
4)Bagi wanita,istihadah yg brpnjgan sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
5)Pada waktu Maghrib,terasa sakit dan sesak nafas.
6)Bermimpi jatuh dr tmpt yg tinggi.
7)Bermimpi binatang yg menakutkn sprt ular.
8)Bermimpi bermain dgn benda tajam.
9)Kuku mnjadi hitam dan nafas mnjd busuk.
10)Brmimpi bahan-bahan yg miang.
11)Brmimpi kanak-kanak kecil sprt mimpi menyusu kanak-kanak tersebut.
12)Brmimpi mkn mknan yg kotor sprt bangkai.
13)Brmimpi paderi Kristian,sami Buddha atau brmimpi prg ke tmpt-tmpt ibadat agama bkn Islam.
 
 
1.
Antara kesan-kesan santau adalh:

1)blh membawa maut dgn izin Allah.
2)hilang daya ingatan.
3)sikap seseorg itu akn brubah cntohnya seseorg itu merupakn seorg yg penyabar tetapi brubah mnjd seseorg yg panas baran.
4)bdn mnjd licin krn seluruh bulu di bdn tlh gugur.
5)trjadinya ‘saratan’ atau kanser atau ketumbuhan.
6)jika pesakit mengandung mgkn akan mengalami keguguran.
7)bdn mnjd bongkok krn batuk yg brpnjangan.
8)kelopak mata mnjd kehitaman akibat drpd tidur yg selalu terganggu.
9)kulit akn mnjd merekah dan keluar air bias dan nanah.

Info diperoleh drpd buku “Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus”…..Jika mahu tahu lbh bnyk belilah buku ini…..

“Dan sesungguhnya ada beberapa orang laki-laki dari kalangan manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki dari jin,tetapi mereka (jin) menjadikan mereka (manusia) bertambah sesat.”
(surah al-jin ayat 6)

Jgnlah kita meminta pertolongan kpd jin dan syaitan krn jls skali perkara ini dilarang oleh Allah…. Syaitan tdk akn brhenti mncuba utk menyesatkn kita sehinggalah hari kiamat….. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat ke-14 hingga 16,(iblis) menjawab,”berilah aku penangguhan waktu sampai hari mereka dibangkitkan.” (Allah) berfirman,” Benar,kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu.” (iblis) menjawab,”kerana Engkau telah menghukum aku tersesat,pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan-MU yang lurus.”…… Ingtlah wahai manusia sekalian,kita adalah sebaik-baik kejadian yg diciptakn Allah…. Firman Allah dlm surah al-Isra’ ayat ke-70 ”Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam,dan Kami angkut mereka di darat dan di laut,dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”…..  Pintalah dan yakinlah dgn prtolongan drpd Allah……..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...